tag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post7482436591484858074..comments2023-09-06T13:29:44.103+03:00Comments on Dari Anjung Al-Atrak ( Dari Anjung al-Syahid Imad Iffat): Perbahasan Berkenaan "إذا صح الحديث فهو مذهبي "Mohd Nazrul Abd Nasirhttp://www.blogger.com/profile/06265355912850955226noreply@blogger.comBlogger10125tag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-21734683545496485052010-12-04T16:33:04.866+02:002010-12-04T16:33:04.866+02:00ASSALAMUALAIKOM..AWAS IBLIS JUGA KHATAM AYAT2 DAN ...ASSALAMUALAIKOM..AWAS IBLIS JUGA KHATAM AYAT2 DAN PERNAMPILAN SEPERTI ULAMA2 BERSERBAN KALAU PERLU BERJANGGUT SEKALI,TUJUAN LAIN TAKLAIN TAK BUKAN UTK MENYESATKAN KAUM2 MUSIM MUSLIMAT DAN,ISLAM PASTI DITERIMA DGN LEBEH BAIK JIKA ISLAM TAK BERPOLITIK(rozelanmohamed@yahoo.com)WASSALAM.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-30145355902124217052010-06-18T19:07:58.468+03:002010-06-18T19:07:58.468+03:00shazerri daud...
Klu betol2 menelusuri sejarah mak...shazerri daud...
Klu betol2 menelusuri sejarah makkah memang semua orang tahu sebelum wahabi berkuasa memang ulama2 sunni sejati menguasai halaqah 2 tp Allah nak menzahirkan sabda nabi tentang tumbuhnya tanduk syaitan di nejad...w pun geng pak wahab sibuk menjawab yang di maksudkan adalah iraq atau iran.klu salah tolong betulkan wahai sahabat2shazerrinoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-57897539866446523102010-06-18T18:59:50.958+03:002010-06-18T18:59:50.958+03:00shazerri daud
tahniah tuan abnu nafi n ust amin.....shazerri daud
tahniah tuan abnu nafi n ust amin...anak pak wahab klu berdebat dgn kita memang pusing 2 lama2 dia sendiri pening ...klu cakap pasal sanad alaih2 ulama ahli sunnah salaf n khalaf kita jugak..klu cakap pasal kemuliaan orang yaman yg di sebut nabi pon masih tak mau iktiraf.betol kata ulama pelampau hanabilah memang keras kepala.shazerrinoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-41521021800523143602009-11-27T04:02:15.303+02:002009-11-27T04:02:15.303+02:00Bagus artikel yang Ustaz buat ini. Pada masa yang ...Bagus artikel yang Ustaz buat ini. Pada masa yang sama sy jugak ada terbaca tentang pandangan lain kat
http://ibnyusof.blogspot.com/2009/11/polemik-bermazhabkan-hadis-sahih.html

So bila baca ustaz punya artikel dan blog tu.Sy dapati dua-duanya ada pandangan tersendiri.Bagus.:)

Teruskan menulis ustaz ;)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-52713431091294360372009-05-22T20:28:45.446+03:002009-05-22T20:28:45.446+03:00Wa'alaikumussalam warahmatuLlahi wabarokatuh
kepa...Wa'alaikumussalam warahmatuLlahi wabarokatuh

kepada yang takda nama, anda datang ke blog orang sila gunakan nick anda yang sebenar. Jangan penakut serta mendatangkan adu domba. Kemudian menghentam ustaz al amin di dalam blog ini kendian ia adalah dalil-dalil palsu.

Boleh saya tahu anda ini mujtahid taraf yang mana? Dah habis ngaji al Quran dan hadith?

Makin tinggi ilmu biar makin tinggi akhlak..Adminhttps://www.blogger.com/profile/16550097376492056862noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-71316235968239403732009-05-22T17:33:28.878+03:002009-05-22T17:33:28.878+03:00assalamualaikum..
to saudara al-amin,artikel enta ...assalamualaikum..
to saudara al-amin,artikel enta tu memang patut dipertikaikan,enta guna dalil2 palsu..kalau enta ikhlas menulis,tak sepatutnya enta melenting bila dikritik..tak spatutnya melabel itu wahabi ini wahabi n lain2...moga kita semua diberi hidayah yg sebenar2nya..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-61310820286841222362009-05-21T22:53:04.985+03:002009-05-21T22:53:04.985+03:00terima kasih kepada Ustaz al-Amin Daud dan Ibn Naf...terima kasih kepada Ustaz al-Amin Daud dan Ibn Nafis.. InsyaAllah kita akan cuba laksanakan apa yang dicadangkan..doakan berjaya...

laman web macam fikrah.net memang banyak menyebarkan kecelaruan kepada masyarakat yg baru nak mengenal agama..semua yang baca laman mcam tue dan terpengaruh akan rasa mereka dah sampai peringkat mujtahid yg boleh keluar hukum..walaupun yg membaca tue nak baca kitab arab pun tak tau..Allah...

kena sabar banyak dengan golongan mcm nie..doakan moga kita thabat dan diberikan taufiq oleh Allah taala..amin..

Tahniah kepada Ibn Nafis dapat hasilkan blog Jom faham..sangat bermanfaat..teruskan usaha..wassalam..nazrulhttp://www.nazrulnasir.blogspot.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-42812025469932996332009-05-21T15:59:49.449+03:002009-05-21T15:59:49.449+03:00Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarokatuh.
Kepa...Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarokatuh.

Kepada saya said : Sila selusuri terjemahan hadith ini :

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak perlu anda samakan ulamak muktabar dan yang ikhlas menyampaikan ilmu dari al Quran dan Sunnah dengan gereja atau paderi yang jelas kafir aqidahnya.

Dan anda perlu ingat siapakah golongan atau orang yang merobekkan agama, seburuk-buruk makhluk?

Ibnu Umar ketika berbicara tentang orang-orang yang merobek agama, beliau menyebut sebagai berikut : Sesungguhnya mereka suka membelok-belokkan ayat-ayat yang sebenarnya turun kepada orang kafir lalu mereka menjadikannya untuk orang-orang Mukmin (Lihat sahih Bukhari pada hadith no 6531).

WaLlahua'lam.

Saya setuju dengan sahabat al-amin. Antara laman web wahhabi salafi yang ada di dunia maya antaranya adalah darulkautsar, al-ahkam, alfikrah.net. Itu belum masuk blog yang menyebarkan fahaman wahhabi salafi pula.Adminhttps://www.blogger.com/profile/16550097376492056862noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-78642799232783213622009-05-21T14:37:50.691+03:002009-05-21T14:37:50.691+03:00Assalamulaikum..
Alhamdulillah pencerahan yg baik...Assalamulaikum..

Alhamdulillah pencerahan yg baik..sehari dua ini blog ana diserang oleh budak2 mesir yang salafi jadian..puncanya bila ana menulis mengenai zikir menari..dikritik di al-fikrah.net aka a-fikrah.wahabi..ada yang meghina syeikh yusri dan syeikh ali jumaah dll..daripada beberapa penjelajahan ana, ramai juga budak2 kita yang terpengaruh..ana mencadangkan ustaz melalui PMRAM membuat satu roadshow ke seluruh muhafazah untuk mendiskusikan pasal wahabi secara khusus..

Ana khuatir, virus ini akan merebak dengan dakyah mereka melalui laman web dan blog..sekembalinya ke Malaysia mereka akan jadi duri dalam daging..Mohd Al-Amin Daud Al-Azharihttps://www.blogger.com/profile/14336059525671005664noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8361089456087678714.post-40104998142126398792009-05-19T00:45:00.000+03:002009-05-19T00:45:00.000+03:00Saya masih ingat lagi satu kuliah yang saya hadiri...Saya masih ingat lagi satu kuliah yang saya hadiri di sebuah Masjid berhampiran rumah saya ketika saya masih belasan tahun. Ustadz menceritakan kisah Iblis yang dikatakan bernama Azazil. Iblis ini kata ustadz tersebut, bagaikan Tok Guru para malaikat di Syurga. Dialah yang paling berilmu dan paling alim. Namun akhirnya dia ‘jatuh’ kerana dia angkuh. Dia menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam (AS) dan enggan sujud kepadanya apabila diperintah Allah untuk bersujud. Allah berfirman “aba was takbara” atau dia “enggan dan takabbur” dan akhirnya jadilah Iblis sebagai kafir. Walaupun bertaraf ‘Tok Guru’, dia masih kecundang.

Ilmu ini sememangnya penting. Keutamaan ilmu semua yang berada di dalam PAS menyedari dan mengakuinya. Itulah sebabnya mengapa kita sama-sama adakan Majlis Syura Ulama’. Namun ilmu bukan segala-galanya dan bukanlah juga monopoli golongan tertentu.

Ilmu juga tidak menjamin keikhlasan. Berapa ramai yang telah pun menggadaikan ilmu mereka untuk mendapat jawatan, Allah hanya yang tahu. Kisah Ulama’ Bani Israil amat jelas sebagai bukti dan pedoman kita di hari ini. Mereka berilmu tetapi mereka menggadai ilmu mereka untuk habuan dunia. Walaupun mereka ilmuan dan ulama’ kaum mereka. Tiada yang mereka tidak tahu berhubung perjuangan anbiya’ dan mursalin namun mereka angkuh dan tidak ikhlas. Akhirnya ketamakan mereka dan ketidak-ikhlasan mereka diabadikan dalam ayat-ayat Al-Quran. Allah mengambarkan mereka bagaikan keldai yang bertimbun buku dibawanya.

Begitu juga dengan para ulama’ dari golongan kaum Nasrani. Pemerintahan gereja menjadi igauan semua yang membaca sejarah zaman tersebut. Konsep pemerintahan ‘theocracy’ dalam arti kata pemerintahan oleh golongan agama yang mengaku hanya mereka yang ‘bercakap’ bagi pihak Tuhan, ditolak oleh masyarakat atas sebab keterlanjuran mereka. Begitu kejam sekali manusia, walaupun ulama’, lebih kejam dari golongan juhalaa’, apabila mereka menjadi angkuh dan menganggap diri mereka golongan pilihan Illahi. Ulama’ Nasrani pada ketika itu menganggap ilmu agama adalah hak milik mereka dan pentafsiran mereka satu-satunya pentafsiran yang sah. Yang ingkar diseksa dan ada sehingga yang dibakar hidup-hidup.

Keikhlasan dan ketaqwaan ini pemberian Allah. Ianya tidak boleh dipelajari. Orang kampung yang biasa, tidak bijak mana, hanya tahu ilmu agama peringkat asas, tetapi ada yang memiliki tahap ketaqwaan yang tinggi. Sanggup mengorbankan hartanya dan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Saya telah melihat sendiri orang-orang kampung yang seperti ini, memberi sumbangan untuk perjuangan Islam sedangkan belanja keluarga sendiri pun tak tentu lepas lagi. Mungkin ketaqwaan dan keikhlasan mereka ketika itu melebihi ulama’ yang angkuh dan berbesar kepala.

Saya kira mungkin ada yang sudah boleh mengagak mengapa saya menceritakan kisah-kisah ini. Saya ceritakan ini semua kerana saya terdengar ada pihak yang mengatakan bahawa Ulama’ sahaja yang boleh dipercayai untuk menjawat jawatan tertinggi dalam parti. Yang lain tidak boleh dipercayai, seolah-olah keikhlasan itu monopoli golongan yang dianggap ulama’ sahaja. Saya merasakan bahawa tanggapan sebegini adalah tidak benar dan saya yakin ianya merupakan pandangan yang songsang. Namun keilmuan golongan ulama’ yang mengatasi ilmu golongan lain dalam bidang-bidang keagamaan, saya rasa tiada yang mempertikaikan, termasuklah diri saya sendiri. Keikhlasan soal lain. Hanya Allah yang tahu.

Saya juga ingin menceritakan bagi yang telah lupa, kata-kata Al-Marhum Ustadz Fadhil satu ketika dulu. Al-Marhum menyamakan keadaan golongan pendidikan sekular bagaikan keadaan Nabi Musa (AS) yang dibesarkan di istana Firaun. Apabila telah dewasa tiba-tiba Allah memilihnya untuk menjadi Rasul dan menentang Firaun! Begitu juga seakan-akan, kata Al-Marhum, dengan golongan yang berpendidikan Barat. Dihantar ke negara-negara Barat untuk menjadi pembawa fahaman barat tetapi apabila pulang menentang tamaddun barat dan malah sebaliknya menjadi pejuang Islam. Mereka kembali dengan kesedaran agama, sebahagiannya lebih sedar dan lebih insaf dari sebahagian yang lain. Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang!

Perumpamaan sebegitu jauh lebih menarik dan menyejukkan hati dari dihukum secara borong sebagai bakal pengikut Yazid anak kepada Muawaiyah. Sedangkan saya yakin Yazid bukan jahil orangnya. Beliau hidup dalam suasana Islam, dibesarkan dalam masyarakat yang menghayati Islam, tak mungkin beliau tidak tahu akan Islam. Namun beliau tidak mahu mengikut ajaran Islam dan menganggap dirinya berkuasa dan tidak mungkin kekuasaannya dicabar. Sikap angkuh dengan kuasa inilah yang merupakan punca penyelewengan dan kezaliman beliau. Sepertimana juga ianya menjadi punca penyelewengan Iblis, ulama’ kaum Bani Israil dan juga Ulama’ kaum Nasrani walaupun kesemua mereka ini adalah ‘berilmu’.

Dalam Islam kita terselamat dari masalah sebegini. Dalam Islam tiada kasta dan tiada ‘theocracy’. Pandangan dan pendapat diterima berdasar kekuatan hujjah dan bukan berdasarkan siapa yang mengatakan pandangan atau pendapat berkenaan. Dalam soal ini, Saidinna Ali (KW) pernah berpesan, “Lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu lihat kepada siapa yang mengatakannya”.

Saidinna Umar (RA) pernah ditegur oleh seorang Muslimat biasa walaupun Umar merupakan Khalifah pada masa itu. Umar juga diiktiraf sebagai di kalang Sahabat yang termasyur, di antara yang paling berilmu dan salah seorang dari sepuluh yang dijanjikan Syurga. Namun Umar sanggup mengaku pendapat Muslimat itu adalah yang lebih tepat.

Rasulullah (SAW) sendiri pernah mengutamakan pendapat para Sahabat dalam persoalan pengurusan dan perancangan seperti di Badr, Uhud dan banyak lagi peristiwa yang lain. Dalam sebuah Hadith riwayat Imam Muslim diceritakan satu peristiwa berhubung dengan amalan pendebungaan pokok-pokok tamar oleh orang-orang Madinah yang ditegur oleh Baginda dan mereka menghentikan amalannya. Akhirnya hasilnya berkurangan dan apabila Rasulullah mendengar akan keadaan ini, maka bersabda Rasulullah : “Saya hanya manusia biasa. Hanya apabila saya mengarahkan kamu berhubung persoalan kewajipan keagamaan sahaja perlu kamu mematuhinya. Tetapi sekiranya saya menyatakan sesuatu berdasarkan pendapat saya, ianya hanya satu pandangan dan saya manusia biasa. Semestinya kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”.

Maka adalah jelas bukan semua pendapat yang diutarakan Rasulullah (SAW) merupakan hukum yang tidak boleh dibincangkan atau dipertimbangkan. Sekiranya begitu kaedahnya yang telah ditunjukkan Rasulullah (SAW), maka tidak mungkin semua yang dikatakan oleh mana-mana ulama’ dalam soal pendapat dan pandangan semestinya diterima bulat-bulat seolah-olah ianya satu-satunya pandangan yang betul. Sekiranya semua yang dikatakan ulama’ dianggap bagaikan ‘wahyu’, maka kita akan kembali kepada zaman pemerintahan gereja dan amalan ‘theocracy’.

Saya yakin para Ulama’ Islam yang ikhlas dan berilmu memahami perkara ini dan tidak akan mengambil kesempatan dari konsep ‘Kepimpinan Ulama’ untuk mengelirukan ummat Islam dan ahli PAS sehingga mewujudkan suatu status yang tidak layak bagi mana-mana manusia untuk mendudukinya. Walau hebat mana sekalipun ilmunya dan tinggi mana sekalipun pandangan masyarakat terhadap dirinya. Kerana dia tahu dirinya bukan tuhan dan ilmunya tidak mungkin mencakupi segala-galanya. Mereka tawaddu’ dan menghargai semua ilmuan dari semua bidang ilmu dan jauh sekali akan mereka mengherdik orang dengan kata-kata “kamu takkan faham, kamu bukan ulama”.

Dengan kesedaran yang sebegini, ulama’ Islam sejati tidak akan jatuh disebabkan sikap angkuh dan bongkak. Dan dengan ini juga mereka tidak akan mengakui bahawa keikhlasan itu hanya milik golongan seperti mereka.sayanoreply@blogger.com